Thank you for all your warmth, love and affection
Selamat Hari Ibu mak..Terima kasih kerana membesarkan kaklong dan adik2 ngn penuh kasih sayang...Segala jasamu akan kami kenang hingga akhir hayat...Tiada pengorbanan sebesar pengorbanan seorang yang bergelar 'IBU'..Tiada hadiah yang paling berharga untuk membalas jasamu itu...Pengorbanan mak, melahirkan kaklong dan adik-adik, menyusukan kami..Menjaga kami dengan penuh kasih sayang.. Mendidik kami dengan didikan agama yang sempurna...
Melindungi kami dari segala rasa sakit, susah dan memastikan kami adik beradiksentiasa merasakan keselesaan walau di manapun kami berada...Sungguh besar pengorbanan mak terhadap kaklong dan adik-adik...
Sekarang aku juga bergelar 'mama' pd seorang putera yang comel..Giliran aku pula memainkan peranan sebagai seorang ibu..Akan ku tatang puteraku sepertimana mak membelai aku dari kecil dulu..Mak menjadi inspirasiku setiap saat dan ketika...
KAKLONG sayang EMAK....
Untuk mak mertuaku, terima kasih juga kerana membesarkan putera makyang kini sudahpun sah menjadi suami ku dan juga 'papa' kepada
putera kami...
Terima kasih kerana mengenalkan suamiku tentang erti kehidupan dan
memberi peluang kepadanya untuk menikmati keindahan ciptaan Allah ini...
Sesungguhya jasa seorang IBU..
Tak dapat kita balas..
Tiada bandingan yang dapat dibandingkan
dengan kasih sayang seorang IBU...
EMAK...kaklong amat sayangkan mak...
EMAK juga adalah inspirasi kaklong dan adik-adik..
Selamat Hari Ibu juga buat kwn2 ku yang telah dan bakal bergelar ibu,mama,mak,mummy,umi, dan yang sewaktu dengannya..Hargailah ibu kita hingga akhir hayat..
No comments:
Post a Comment