.:Cinta Hati Kami:.

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wednesday, May 23, 2012

Innalillah.....sesungguhnya Allah lebih menyayangi Norma.....

Innalillah...
Sangat terkedu bila baca blog Kak Filla (sahabat baik Kak Moon-kakak ipar arwah Norma) pagi ni...baru semalam baca blog entry Kak Moon spy diberi kata-kata semangat buat mereka sekeluarga....Kpd sesaper yg mengikuti kisah Norma dan Talib pasti akan dpt merasakan kehilangannya.....

Berdasarkan apa yg dibaca di blog Kak Filla, arwah menghembuskan nafas terakhir jam 1 pagi tadi dan terus dibawa oleh keluarganya ke Pontian...mungkin dikebumikan di sana kerana arwah berasal dari sana....
Arwah meninggalkan seorang putera, Rafiq yg sngat comel...semoga Talib (suami arwah) cekal,dikuatkan semangat untuk terus membesarkan putera mereka...kpd Kak Moon, dan keluarga arwah juga...pastinya mereka dh redha dengan pemergian arwah kerana arwah telah setahun lebih menderita akibat brain cancer stage 4 masa tu.....

Sesungguhnya, arwah Norma tetap tahu bahawa dia pergi setelah mendapat segala kebahagiaan dan kasih sayang daripada seluruh ahli keluarganya terutama sekali suami tercinta, Talib yg tak pernah mengenal erti jemu untuk terus menjaga Norma hingga ke akhir hayat...org-org sekeliling arwah sgt sayangkannya.....

Semoga arwah Norma ditempatkan di kalangan mereka yang bertaqwa.....
Marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah buat arwah......Al-Fatihah....

Semoga suaminya Talib akan terus tabah dan cekal meneruskan perjuangan arwah untuk membesarkan putera kesayangan mereka, Rafiq......pastinya Rafiq bangga mempunyai ibu dan ayah yang sgt mencintai antara satu sama lain.....semoga arwah tenang dan damai di alam baru....

Amin...

Friday, May 11, 2012

Inilah yang dinamakan CINTA sejati, CINTA demi Allah..

Salam kembali bersiaran setelah kian lama menyepi....(mcm la blog femes2 ye)...


Sebelum ni selalu follow kisah suami isteri Talib dan Norma, pasti uols pun tahu kisah mereka kan?...
Kisah mereka patut diteladani,patut dijadikan sbg contoh pengorbanan dlm hidup berumahtangga....
Sanggup berkongsi kasih dan cinta tak kira apapun ujian yang datang...suka duka,susah senang,sakit pening sentiasa bersama....tiada istilah penat,jemu atau putus asa....


Sesungguhnya itulah harapan kita hidup suami dan isteri ni kan....kekal biarlah hingga ke hujung nyawa...bersama bukan hanya di kala suka dan senang, malah bila ujian menimpa kita sama-sama akan jadi lebih kuat,lebih kasih dan cinta antara satu sama lain....


Bila terbaca another kisah di blog Abg Abil, lagi sekali hati dan naluri keisteriaan saya tersentuh..airmata jatuh tanpa disedari....xdapat dibayangkan bagaimanalah rasanya kalau kita di tempat mereka......Abg Abil seorang yg sangat tabah dan kuat...cekal sungguh hatinya.....sanggup berkorban apa sj demi isteri tercinta....




(gambar dari blog)

Dia mengotakan segala janji yang dilafazkan saat memperisterikan kak gee...dia menjalankan amanah yang diikrarkan semasa mula-mula mengenali isterinya......apapun terjadi dia tetap bersama isterinya.......
Siapa sangka dalam sekelip mata atas kehendak Allah s.w.t & ujian dariNya, isteri tercinta telah di serang asma pada Jun 2011 yang telah menyebabkan beliau mengalami kerosakan pada saraf otak....ikuti kisah dan rentetan hidup mereka di blog Abg Abil......


** Tiada lain yang diharapkan oleh seorang isteri melainkan disayangi dan dicintai suami seadanya, ikhlas kerana Allah.....berkongsi suka duka, susah senang bersama.....sakit pening ditanggung bersama......itulah saat yg paling bahagia,sungguhpun tidak berharta.......***


Saya cinta awak smpai mati........