Innalillah...
Sangat terkedu bila baca blog Kak Filla (sahabat baik Kak Moon-kakak ipar arwah Norma) pagi ni...baru semalam baca blog entry Kak Moon spy diberi kata-kata semangat buat mereka sekeluarga....Kpd sesaper yg mengikuti kisah Norma dan Talib pasti akan dpt merasakan kehilangannya.....
Berdasarkan apa yg dibaca di blog Kak Filla, arwah menghembuskan nafas terakhir jam 1 pagi tadi dan terus dibawa oleh keluarganya ke Pontian...mungkin dikebumikan di sana kerana arwah berasal dari sana....
Arwah meninggalkan seorang putera, Rafiq yg sngat comel...semoga Talib (suami arwah) cekal,dikuatkan semangat untuk terus membesarkan putera mereka...kpd Kak Moon, dan keluarga arwah juga...pastinya mereka dh redha dengan pemergian arwah kerana arwah telah setahun lebih menderita akibat brain cancer stage 4 masa tu.....
Sesungguhnya, arwah Norma tetap tahu bahawa dia pergi setelah mendapat segala kebahagiaan dan kasih sayang daripada seluruh ahli keluarganya terutama sekali suami tercinta, Talib yg tak pernah mengenal erti jemu untuk terus menjaga Norma hingga ke akhir hayat...org-org sekeliling arwah sgt sayangkannya.....
Semoga arwah Norma ditempatkan di kalangan mereka yang bertaqwa.....
Marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah buat arwah......Al-Fatihah....
Semoga suaminya Talib akan terus tabah dan cekal meneruskan perjuangan arwah untuk membesarkan putera kesayangan mereka, Rafiq......pastinya Rafiq bangga mempunyai ibu dan ayah yang sgt mencintai antara satu sama lain.....semoga arwah tenang dan damai di alam baru....
Amin...