.:Cinta Hati Kami:.

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Friday, November 26, 2010

MAHA International 2010@MAEPS, Serdang

WELCOME to MAHA 2010!!!

Seperti 2 tahun suda, kali ni MAHA datang lagi...kali ni bertaraf international,lebih besar,lebih lama dan lebih meriah....Mama juga antara petugas2 yang duty pd hari MAHA nanti.. Kepada sesiapa yang sgt interested dlm segala bentuk pertanian, bolehla beramai-ramai ke MAHA ni...Kepada kengkawan mama yg dh start duty today, selamat menjalankan tugas n tanggungjawab korang ek..

Me,
MAHA @ Maeps....

Wednesday, November 24, 2010

Bila isteri dah tak cantik...

Slm kengkawan..
Actually mama nk kongsi satu cerita yg kwn mama publish kt fb..cerita ni sgt mengusik jiwa dan naluri mama..marilah kita sama2 ambil ikhtibar dari kisah ini..
Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri... Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah...

Kisah benar yang terjadi kepada seorang isteri... dan ceritanya bermula begini..

"Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.
Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja..
Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.
Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.
Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.
Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.
Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.
Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik, sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.
Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik seperti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,karier, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.
Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.
Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.
Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.


PS (Pendapat Aku) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah .
"Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah...Betapa besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t'jawab utk anda memperbaikinya....InsyaAllah......."

By: Mohd Azli Afandi..

Aku
Juga seorang isteri..

Tuesday, November 16, 2010

Slm AidilAdha...

Salam Aidiladha daripada Mama untuk semua kaum muslimin dan muslimat..
Kepada yang balik kampung, hati2 di jln raya...
Pastikan segala keperluan di jalan raya berfungsi dan berada dlm keadaan baik..
Semoga perjalanan dirahmati Allah..
Selamat pulang ke kampung dan selamat kembali..
Mohon ampun dan maaf..


Mama,
Mood raya ntah kemana...

Monday, November 8, 2010

My Triffles..

Slm n morning!!..
Masak-masak time again!!..huhu....
Alkisahnya weols blik phg cuti deepavali baru ni..blik umah tokma n tokbah danish sebab ada mkn2 sket,doa selamat sekali ngn yasin lepas tokma danish kuar spital aritu...kendurinya ari sabtu....so kt kmpung,mama rs mcm nk try la buat triffles nih..tengok resepi kt BLOG NI...mcm best je kan..aritu ms mkn2 kt ofis mama pn ada kwn mama tu wat jugak triffles ni letak buah peach..sedap sgt...tetiba lak rs teringin nk mencuba...tak sangka la plak menjadi....so sehari sebelum blik kpg tu,mama dh beli brg2 kt area umah ktorang ni...semangat punya pasal kn...siap bli swiss roll kek 2 butir perisa strawbery....bla smpai umah tokma,siap pesan ngn adik2 kek tu bukan utk dimakan sekarang...huhu....
So sabtu tu mama pn mulalah projek2 ngn si makngahnya danish...makngah ptong2,mama masak2....kira cpt la sket kn...siap susun2 buah peace byk2..mama wat jely yg perisa strawbery gak...dapatlah 2 mangkuk..1 mangkuk besar satu mangkuk kecik....siap buat 2 kali tu,satu utk dibawak ke ofis di pg Isnin (yakni pg hari ini lah n telah selamat dimasukkan ke dlm perut memasing pun..)....yg pasti jugak disahkan kesedapannya...
Terima kasih jugak untuk penasihat masakan mama ni (adalah sorang kakak,member mama kt ofis ni..dia memang pndai memasak)....so selamat menjamu mata la ek (gbr agk kabur sbb xsmpat capai kamera canggih)..hehe.....




Me,
Triffles strawbery..

Thursday, November 4, 2010

Latest tentang my MDA....

Slm semua!!.arini bru berkesempatan nk bukak fb,blog bagai..2ari lepas mama sedikit sibok memandangkan ada keje yg perlu diselesaikan segera sbb duedate submittion nya mggu dpn...so mama agk rushing sket...arini sdikit reda sbb byk yg dh setle...

Byk menda yg nk diceritakan psl my MDA ni (asha, MDA ala2 2MDI ko la nih..huhu),tp xtau nk mula dari mana...yg pasti byk sgt progress dia skang...semakin membesar dan alhmdulillah so far dikurniakan kesihatan yg baik...dh mkin besar ni,byk la peel nya...

Minggu depan, 8hb genapla Danish ni 1thn 9bln..pejam celik bln 2 thn dpn je dh 2thn....mulut dh mcm2 pndai skang...dh pndai baca buku..apa yg disebut (wlupun ikut pelatnya),ngan apa yg ditunjuk kt buka bleh dikatakan semua betul...Danish sgt cepat ikut apa yg kita ajar/buat....bila dgr azan,dh pndai say 'syiiiiiiii' smbil tnjuk isyarat suh senyap...pntang nmpak bgunan yg ada kubah,seme dikatakannya 'bak'...means Allahuakbar (masjid)...yg kelakarnya tu,ada la sekali mama drive lalu kt depan kuil...Danish siap pointing kt kuil tu smbil ckp 'ma...bak'..ada ke dikatanya kuil tu masjid..so mama n papa train dia bila lalu kt situ je (ni bkn bak....bukannn..smbil geleng2 kepala)..so skang ni bila lalu kt situ,dh reti dh..awl2 lagi sebut je 'bak', geleng kepala...sgt cerdik!..

Danish sgt fanatik pd upin ipin...tiap kali pegi shopping komplek nmpak je kedai cd dia msti nk msuk...pehtu tnjuk cdupin ipin...kt umah dh penuh ngn cd upin ipin...smpai dh leh knl semua watak dlm citer tu...mama pn kdg2 tu mual dh,bukak tv tjuk remote cd player suh bukak cd ipin..'pin...pin...' Kt dlm tepon papa pn semua episod ada..time naik kete,anytime nk ipin..aduhai...tp yg bestnya,klu mama nkwat keje..pasangkanlah dia citer ipin ni,dia ralit sket...siap amik bntal sndar kt sofa nengok ipin....lgi satu Danish suka sgt channel 106..dia suka dgr bacaan doa2 kt channel tu..klu dg jer byi azan,cpt2 buka channel ni nk nengok azan...

Makanan peberet dia lak skang ni,ayam goreng...klu nk suap nasi ada ayam,tnjuk nasi je geleng..tjuk ayam kemain la angguknya....berat dia skang pn dh ok...cuma mama kna pastikan yg dia xsmapi obes...risau gak..
suka minum air masak....sebut air pn sejibik je bunyinya....ari2 ibu (babysitter) dia dok citer kaletah dia kt umah ibu..bila main pn dh pndai simpan sdrik..
Ada plak yg agk merisaukan mama n papa skang ni..last week,time papa keje mama bwk Danish pegi jln umah member sekolah mama kt tm equine..pegi nengok dia wat kabinet baru ngn kontraktor member mama jugak la..sja la nk jln2 sbb kepuasan papa Danish keje...ank kwn mama tu tetiba lak mcm ok je ngn mama,sebelom ni kata kwn mama tu ank dia mcm xnak ngn orang...So dia nyendel2 kt mama,mama plak memg suka klu budak yg jenis 'nak' ngn mama ni...awl2 lg si Danish ni dh tolak2 bdk tu,surprisely dia g lepuk budak tu..yela,nti org kata kita xajar ank plak kn..mama risau sbb Danish ni jenis 'independence' sket..bla menan dia org kacau,mama papa dia org mnja2 sket,dia mudah 'hangin'...sblom ni xpnh nengok dia cenggitu..mama rs mcm terkejut la jugak...kena slow2 train dia apa yg bleh and apa yg xbleh...
Perkembangan lain..ermmm...dh pndai simpn bju kotor dlm bkul,letak dlm washing machine..time nk nyusu amik botol kasi mama,dh pndai nk pakai or cabut bju suar sdrik...klu galaxy papa tu,fuhhh seme pndai...siap 'touch screen' lg...nk nengok video pndai carik sdri..bla papa lock keypad,pndai bukak...telefon mama xlayan pn....skang ni dh xheran tdo buai...mlm lepak2 dpn tv,sedar2 jer tdo..pndai mintak bila nk susu lak tu...ms pegi inject dia setahun setengah ritu,Doktor pn xcaya umur dia bru setahun setengah...dh mcm budak 2,3 thn kata Doktor..
Mama doa anak mama sts dikurniakan kesihatan yg baik2 slu..membesar dan terus membesar sht ek...InsyaAllah mama ngn papa akn pstikan kamu sts dpt yg terbaik dri kami dunia dan akhirat...we LOVE u....mama sayang papa jugak!!

ini dh jdik trademark dia la klu depan lens.. 
king n prince mama.. 
he's my smart boy! 
mama sayang sama kamu! 
he's also my cutest! 
amboi..amboi.. 
love his smile!

Me,
Tetiba jdik rindu....